Friday, February 25, 2011

GELAGAT KUCINGKU MOMEL!!!!!

ASSALAMUALAIKUM kawan kawan yang aku sayangi...rasanya sudah lama aku tidak menjenguk bolgku....huhuhu maklumlah tiada apa yang aku hendak tulis dekat blog ini.
Bosan juga bila otak kosong....langsung idea tiada dalam otak....huhuhu skema pula ayat aku ini....pratikal bahasa melayu semula...maklumlah sudah lama tidak menulis bahasa melayu dengan betul.
ishhh!!!!!
tok seh la tepu otak aku nak guna bahasa melayu ngn betul nie....

Hari ini aku xde pape nak kongsikan...
cuma aku nak tunjukkan kucingku yang comel jer....




INILAH DIA MOMEL SI KUCING YANG MANJA




INI PULAK AKSI DIA WAKTU MALAM




SI MOMEL TERPEGUN DENGAN SI BURUNG DEKAT POKOK



PENAT BERMAIN TERUS TIDO



PENAT BERGADUH DENGAN BEAR AKU

inilah penemanku di rumah..huhu xla sunyi sangat duk umah da momel....tp hari nie dia kurang aktif, cian...coz semalam terlampau aktif jatuh dari tingkat 2. harap harap dia ok la...u alls doakan yer kucing aku nie...
k la..nie jer aku dapat kongsikan..otak dah x idea nak tulis nis nie..
papai kawan kawan semua!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Monday, February 21, 2011

Mesti Dengar!! Mishary Al Afasi Surah As Sajda 1-22




SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

** Sentiasalah Berusaha Untuk Mendekatkan Diri kita kepada Allah S.W.T. **


Monday, February 14, 2011

.: Antara Bidadari dan Penghuni Syurga :.

Nasyid oleh Rabbani feat Mawi - Saksi

Marhaban Di Astro(JOHAN)



SELAWAT JUNJUNGAN NABI SAW....
INI ADALAH MARHABAN YANG PALING SAYA SUKA..
KERANA NADANYA MEMBUATKAN HATI SAYA SAYU MENGENANG PERJUANGAN RASULULLAH SAW...
SAMA SAMALAH KITA MEMPERINGATI HARI KELAHIRAN NABI JUNJUNGAN KITA NABI MUHAMMAD SAW......

Saturday, February 12, 2011

KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH






1. Surah pembuka atau pendahuluan didalam Al Quran.

2. Menjadi ayat yang dibaca semasa pembukaan sesuatu majlis, dalam ucapan dan doa.

3. Menjadi bacaan wajib dalam solat.

4. Membaca surah Al Fatihah akan memperoleh pahala seperti membaca sepertiga Al Quran.

5. Membacanya sebelum tido, disusuli dengan surah Al Ikhlas,
Al Falaq, dan An Nas akan dijauhkan daripada ganguan syaitan dan jin.

6. Mengamalkan bacaan Al Fatihah sebanyak 41 kali antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh selama 40 hari, Allah meluaskan rezeki dengan izinNya, meningkatkan darjat, anak menjadi soleh, menyembuhkan penyakit, menyelesaikan hutang, dan pelbagai hajat lain.

7. Mengamalkan bacaan 2 kali selepas solat fardhu setiap hari, akan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, meninggikan darjat dan pangkat, keluarganya dilindungi Allah dan menjadikan akhlak terpuji.

8. Membacanya sebanyak 40 kali selepas solat fardhu maghrib, akan dimakbulkan hajatnya oleh Allah.

9. Mengamalkan bacaan Al Fatihah sebanyak 41 kali, insya-Allah dapat mengubati pelgabai penyakit seperti sakit mata, sakit perut, sakit gigi dan sebagainya.

10. Membacanya sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk dan dihembuskan dalam sebekas air, seterusnya diminum selama 7 hari. Dengan izinNya akan memperoleh ilmu pengetahuan serta dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara yang merosakkan.

11. Kandungan Al Fatihah juga mengandungi doa yang amat besar faedahnya bagi setiap orang islam; antaranya memohon petunjuk ke jalan yang lurus dan diredhai.

KELEBIHAN AYAT KURSI









1. Ayat Kursi digelar sebagai penghulu segala ayat.
2. Menceritakan kehebatan Allah S.W.T dalam mentadbir sekalian alam dan makhluknya.
3. Sewaktu diturunkan kepada Nbi Muhammas S.A.W, ayat ini diiringi tujuh puluh ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
4. Penurunannya juga menggemparkan masyarakat iblis dan syaitan kerana bakal menjadi penghalang dalam usaha menyesatkan umat manusia.
5. Sebaik sahaja penurunannya, Rasulullah S.A.W segera memerintahkan Zaid Bin Tsabit segera menulisnya dan disebarkan pada para sahabat.
6. Mengandungi dasar-dasar Tauhid dan keagungan Allah S.W.T serta ketulusan ilmuNya.
7. Mengamalkannya akan hidup dengan jiwa Tauhid, dibukakan hati dengan pelbagai hikmah dan dinaikkan martabatnya.
8. Jika diamalkan selalu akan melindungi daripada ganguan jin dan syaitan.
9. Sebagai perlindungan daripada bala bencana.
10. Pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran. Allah mengutus malaikat untuk mencatat pahalanya dan dihapuskan dosanya bermula ia membaca sehinggalah keesokan harinya.
11. Setiap hurufnya memberikan 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
12. Bagi orang yang membacanya juga dikurniakan pahala al-Muttaqin dan pahala as- Siddiqin(balasan syurga).
13. Menjadu pendinding semasa tidur daripada kejahatan jin, syaitan, manusia dan binatang. Sesiapa yang membacanya, dua malaikat akan menjaganya sehingga pagi.
14. Mengamalkannya mampu memelihara diri, keluarga, harta benda dan rumahnya daripada kecurian, kebakaran, karam di dalam air dan runtuh.
15. Mengatasi kesukaran mendapatkan rezeki (dibaca sebanyak 170x)
16. Bagi mencapai sebarang hajat, baca ayat Kursi sebanyak 170x pada waktu tengah malam.
17. Bagi mendapatkan terang hati dan kecerdasan luar biasa, bacakan ayat Kursi sebanyak 170x.
18. Mudah menghadapi sakaratul maut.
19. Apabila membaca pada ketika keluar rumah, 70,000 malaikat akan mendoakan keselamatannya.
20. Menyejukkan hati orang yang pemarah. Selalu mengamalkannya dapat menghindari daripada ganguan syaitan yang memanaskan hatinya.
21. Membaca setiap kali selepas solatfardhu, Allas S.W.T mengamuni dosa-dosanya.
22. Membaca selepas solat subuh dan solat maghrib, daapat memelihara diri daripada kejahatan dari pagi sehingga keesokan harinya.
23. Sekiranya dibacakan sebanyak 313x dalam keadaan suci dan khusyuk (sebaiknya pada waktu tengah malam), Allah S.W.T menghilangkan rasa susahnya.
24. Berkesan dibacakan pada orang yang mengalami bkerasukan jin dan syaitan dengan menghembuskan pada air dan diberi minum serta dipercikkan pada badan pesakit.

Wednesday, February 9, 2011

MUHASABAH DIRI








JANGAN JAGA TEPI KAIN ORANG,
TAPI SEKARANG KITA KENA JAGA,
KERANA TEPI KAIN ORANG SEKARANG ADA DADAH,
GAM DAN LAIN LAIN.

ORANG BUAT MAKSIAT JAHAT AKAN DITANYA KELAK,
KENAPAKAMU JUDI, ZINA, NAD JAHAT JAHAT LAIN???
SAYA JAHAT KERANA TIADA DAKWAH.

WAHAI ORANG YANG KAYA, ALIM DAN BUAT IBADAT,
KENAPA KAMU TIDAK BUAT DAKWAH???
TAKKAN KITA HENDAK JAWAB...
KAMI MALAS HENDAK DAKWAH,
KELAK KITA AKAN DIAZAB,
BERSAMA SAMA ORANG YANG BUAT MAKSIAT,
MAKA SEDARLAH!!!!
MARILAH KITA BERSATU BUAT DAKWAH
WALAU SEPATAH SAHAJA DAKWAH ITU...

Nancy Ajram - Ya Tabtab / نانسى عجرم - يا طبطب

New nancy ajram shakhbat shkhabet - شخبط شخابيط

Nancy Ajram - Chater Chater Karaoke Wvocal




KETAM MASAK LEMAK CILI API


hari ini aku masak ketam masak lemak cili api....
maklumlah emak tengah sakit so apa yang dia teringin aku kenalah masakkan...
hendak jadi anak solehahlah katakan.....

So aku hendak kongsilah resepi yang aku masakkan emak aku hari ini...
bolehlah dikatakan sedap juga....tapi kalau u alls hendak tahu seda ke tidak...
kenalah mencubanya....

1kg ketam
1 1/2 bawang besar
8 biji cili padi
sedikit kunyit hidup
beberapa helai daun kunyit
2 batang serai
garam secukup rasa
asam keping







inilah ketam yang jadi lemak cili api


nie pula bahan untuk ditumbuk kecualilah duit kunyit



inilah hasil nahan yang aku tumbuk


cara caranya :
1. Bersihkan ketam
2. Tumbukkan bawang besar, cili api, dan kunyit hidup hingga lumat
3. Perahkan santan bahagikan kepada 2 bahagian santan pekat dan santan cair
4. Masukkan ketam dalam periuk beserta bahan yang telah ditumbuk tadi. Jangan lupa masukkan daun kunyit dan serai yang telah diketuk
5. Massukkan santan cair dan biarkan ia mendidih. Santan ini hendaklah dikacau selalu nanti kalau tinggal pecahlah minyak dia.... Jangan lupa masukkan asam keping
6. Setelah itu masukkan santan pekat dan biarkan ia mendidih dan masak
7. Siaplah dihidangkan



tang tang tang!!!!!
inilah masakan khas dari aku.....
ketam basak lemak cili api


SELAMAT MENCUBA!!!!!




Monday, February 7, 2011

Kartun Badang Kelantan...



jom belajar kecek klate....

Mestica - Layar keinsafan



lagu yang menginsafkan.....aku memang peminat setia mestica kerana lagu lagu dia banyak bagi erti kepada aku sebagai hamba Allah di bumi yang gersang ini...

MESIR


gambar dari sahabat blogku....



gambar dari sahabat blogku...



bagaimanalah nasib sahabat sahabatku yang berada di bumi mesir?????
aku harapkan mereka selamat
dan dapat pulang ke malaysia dengan keadaan yang selamat....



Sunday, February 6, 2011

RENUNG RENUNGKANLAH!!!!!



bila ALLAH cepat makbulkan doamu....
maka Dia menyayangimu...
bila Dia lambat makbulkan doamu...
maka Dia mengujimu...
bila Dia tidak makbulkan doamu...
maka Dia merancangkan sesuatu yang baik untuk kamu...
oleh itu,
sentiasalh bersangka baik pada ALLAH
dalam apa jua keadaan pun...
kerana kasih sayang ALLAH
itu mendahului kemurkaanNya...



Buat Mu Ibu-Aeman