Tuesday, November 27, 2012

YA ALLAH SELAMATKANLAH SAUDARAKU DI PALESTIN


Wahai saudara saudaraku...

marilah kita sama sama mendoakan saudara saudara kita di Palestin agar mereka tabah dalam menempuh kekejaman ISRAEL...

moga Allah S.W.T memberikan pertolongan kepada saudara saudara kita...
 
Harapan doa kita ini dapatlah membantu mereka semua dalam memperjuangkan agama islam..

TAKBIR!!!!!!!!!!!

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!


Friday, October 5, 2012

BIG

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA....

Rasanya terlalu lama aku x buka blog aku nie semenjak bz menjadi pendidik..hehehe kire guru cemerlang la nie, terpaksalah puji diri sendiri nak harap orang puji entah bila....

U all smua tau x maksud BIG? haaaa nie aku nak bagitahu bg sesiapa yg x tahu maksudnya bina insan guru. Ha ha ha 8 oktober nie aku akan p BIG bertempat di Pulau Pangkor, jauh perjalanan aku dr Johor p IPG Bangi dulu, pas 2 sambung perjalanan ke Pangkor, mesti letih tp semangat nak p BIG ni berkobar kobar 2 walaupun sekarang aku ngah x chat...

Aku harap aku selamat sampai ke destinasi dan dipermudahkan segala urusan..apelah program yg aku kene tempuh time BIG nie erk???program dalam air n jungle tracking cnfirm ade...siap sedialah aku ngn pacat dalam hutan pangkor 2....huhu binatang yang paling aku fobia sekali..hahahaha..xpe aku dah sediakan baygon untuk keselamatan aku..siaplah kau pacat kalau naik kat aku!!!!!baygonlah yang akan hapuskan engkau!!!!

ok la kawan2 doakan aku selamat pergi dan balik tau!!!!!!

papai..

Tuesday, September 13, 2011

CINTA

DALAM SETIAP HATI MANUSIA MEMPUNYAI PERASAAN CINTA,
TERPULANGLAH PADA MANUSIA ITU YANG MENENTUKAN CINTANYA KEPADA SIAPA..
AKU....
CINTA PADA SIAPA???

ADAKAH CINTA PADA MANUSIA ITU YANG UTAMA????
TIDAK.....
CINTALAH PADA PENCIPTAMU
YANG PALING UTAMA..
YANG MENJAGAGAMU SETIAP DETIK WAKTU..
YANG MENGHIDUPKANKAN
DAN YANG MEMATIKAN AKU...
SESUNGGUHNYA DIA MENCINTAIKU SEPENUHNYA..
CINTANYA PADAKU TIADA TANDINGAN...
MAKA AKU MESTI BERIKAN CINTA UTAMAKU KEPADANYA...
ALLAH S.W.T

Tuesday, March 8, 2011

PROMOSI TIKET PULANG KE MESIR

ASSALAMUALAIKUM

MAHU PULANG KE MESIR??

TIDAK TAHU MAHU BELI TIKET DIMANA??

MAHU HARGA YANG MURAH??

SAYA BOLEH MEMBANTU...

PENERBANGAN KUWAIT AIRWAYS

RM 1590.00

mahu tempah??

sila hantarkan
nama (seperti di dalam pasport)
no pasport
salinan kernih
tarikh hendak pulang ke mesir (bulan april)

# seat terhad, siapa cepat dia dapat.
# harga di atas boleh berubah dari semasa ke semasa.
# selewat lewat pembelian 2 minggu sebelum tarikh
pulang untuk mengelakkan waiting list.
#booking nama hanya kekal untuk tempoh sehari atau
selagi seat tidak dibeli secara cash.

MAKLUMAT LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI
SAUDARA ZAID DITALIAN:

013 - 7293686





Friday, February 25, 2011

GELAGAT KUCINGKU MOMEL!!!!!

ASSALAMUALAIKUM kawan kawan yang aku sayangi...rasanya sudah lama aku tidak menjenguk bolgku....huhuhu maklumlah tiada apa yang aku hendak tulis dekat blog ini.
Bosan juga bila otak kosong....langsung idea tiada dalam otak....huhuhu skema pula ayat aku ini....pratikal bahasa melayu semula...maklumlah sudah lama tidak menulis bahasa melayu dengan betul.
ishhh!!!!!
tok seh la tepu otak aku nak guna bahasa melayu ngn betul nie....

Hari ini aku xde pape nak kongsikan...
cuma aku nak tunjukkan kucingku yang comel jer....




INILAH DIA MOMEL SI KUCING YANG MANJA




INI PULAK AKSI DIA WAKTU MALAM




SI MOMEL TERPEGUN DENGAN SI BURUNG DEKAT POKOK



PENAT BERMAIN TERUS TIDO



PENAT BERGADUH DENGAN BEAR AKU

inilah penemanku di rumah..huhu xla sunyi sangat duk umah da momel....tp hari nie dia kurang aktif, cian...coz semalam terlampau aktif jatuh dari tingkat 2. harap harap dia ok la...u alls doakan yer kucing aku nie...
k la..nie jer aku dapat kongsikan..otak dah x idea nak tulis nis nie..
papai kawan kawan semua!!!!

Wednesday, February 23, 2011

Monday, February 21, 2011

Mesti Dengar!! Mishary Al Afasi Surah As Sajda 1-22




SURAH As-Sajdah (bererti sujud) adalah surah yang ke 32 dalam Al-Quran mengandungi 30 ayat. la dinamakan As-Sajdah kerana terdapat ayat yang menerangkan perihal orang-orang yang beriman, apabila mendengar ajaran kitab Allah lalu sujud sebagai bersyukur atas segala nikmat Allah. Selain dari itu ditegaskan dasar tauhiddan dalil-dalil yang membuktikan keesaan Allah, disamping mengurniakan taufiq dan hidayah kepada umat Islam.

Surah As-Sajdah adalah di antara beberapa surah di dalam Al-Quran yang mengandungi ayat Sajdah iaitu ayat yang disunatkan Sujud Tilawah bagi seseorang yang sedang membacanya, sama ada ketika solat atau tidak.

Terdapat beberapa Hadis Rasulullah SAW yang menerangkan fadhilat, faedah dan hikmah untuk mereka yang mengamalkan membaca Surah As-Sajdah ini.

1. Baginda tidak akan tidur sebelum membaca Surah ini dan Surah Al-Mulk.

2. Melindungi pembacanya dari seksa kubur.

3. Mendapat pahala yang besar seperti pahala mereka tetap solatnya pada malam lailatul-qadar.

4. Mendapat hidayah ilmu yang yakin.

5. Dikurniakan cahaya (nur) pada dirinya semasa ia mati.

Surah ini dibaca oleh imam di kebanyakan surau dan masjid pada pagi Jumaat di dalam solat subuh. Dengan menghadiri solat subuh tersebut, insyallah, hikmah dan fadhilat akan diperolehi.

** Sentiasalah Berusaha Untuk Mendekatkan Diri kita kepada Allah S.W.T. **