Saturday, February 12, 2011

KELEBIHAN AYAT KURSI









1. Ayat Kursi digelar sebagai penghulu segala ayat.
2. Menceritakan kehebatan Allah S.W.T dalam mentadbir sekalian alam dan makhluknya.
3. Sewaktu diturunkan kepada Nbi Muhammas S.A.W, ayat ini diiringi tujuh puluh ribu malaikat kerana kebesaran dan kemuliaannya.
4. Penurunannya juga menggemparkan masyarakat iblis dan syaitan kerana bakal menjadi penghalang dalam usaha menyesatkan umat manusia.
5. Sebaik sahaja penurunannya, Rasulullah S.A.W segera memerintahkan Zaid Bin Tsabit segera menulisnya dan disebarkan pada para sahabat.
6. Mengandungi dasar-dasar Tauhid dan keagungan Allah S.W.T serta ketulusan ilmuNya.
7. Mengamalkannya akan hidup dengan jiwa Tauhid, dibukakan hati dengan pelbagai hikmah dan dinaikkan martabatnya.
8. Jika diamalkan selalu akan melindungi daripada ganguan jin dan syaitan.
9. Sebagai perlindungan daripada bala bencana.
10. Pahalanya menyamai satu perempat Al-Quran. Allah mengutus malaikat untuk mencatat pahalanya dan dihapuskan dosanya bermula ia membaca sehinggalah keesokan harinya.
11. Setiap hurufnya memberikan 1000 keberkatan dan 1000 rahmat.
12. Bagi orang yang membacanya juga dikurniakan pahala al-Muttaqin dan pahala as- Siddiqin(balasan syurga).
13. Menjadu pendinding semasa tidur daripada kejahatan jin, syaitan, manusia dan binatang. Sesiapa yang membacanya, dua malaikat akan menjaganya sehingga pagi.
14. Mengamalkannya mampu memelihara diri, keluarga, harta benda dan rumahnya daripada kecurian, kebakaran, karam di dalam air dan runtuh.
15. Mengatasi kesukaran mendapatkan rezeki (dibaca sebanyak 170x)
16. Bagi mencapai sebarang hajat, baca ayat Kursi sebanyak 170x pada waktu tengah malam.
17. Bagi mendapatkan terang hati dan kecerdasan luar biasa, bacakan ayat Kursi sebanyak 170x.
18. Mudah menghadapi sakaratul maut.
19. Apabila membaca pada ketika keluar rumah, 70,000 malaikat akan mendoakan keselamatannya.
20. Menyejukkan hati orang yang pemarah. Selalu mengamalkannya dapat menghindari daripada ganguan syaitan yang memanaskan hatinya.
21. Membaca setiap kali selepas solatfardhu, Allas S.W.T mengamuni dosa-dosanya.
22. Membaca selepas solat subuh dan solat maghrib, daapat memelihara diri daripada kejahatan dari pagi sehingga keesokan harinya.
23. Sekiranya dibacakan sebanyak 313x dalam keadaan suci dan khusyuk (sebaiknya pada waktu tengah malam), Allah S.W.T menghilangkan rasa susahnya.
24. Berkesan dibacakan pada orang yang mengalami bkerasukan jin dan syaitan dengan menghembuskan pada air dan diberi minum serta dipercikkan pada badan pesakit.

4 comments:

Adinda Amy Sensei said...

assalamualaikum azie...

sememangnya sangat banyak kelebihan ayat kursi ni kan...harapnya kita amalkanlah selalu ayat kursi ni sepanjang masa..insyaallah..

salam ziarah ..

ainnoraini said...

selalu amalkan dan sekarang suruh anak2 bace dan hafal..sebab byk kelebihan ayat kursi ni...

tq sudi kongsi info ni...

نور شاملة said...

begitu byk kelebihan ayt2 kursi nie..selame nie hanyer sedikit sahaja yg i tau..thankz azie kongsi info nie...same2 la kite amalkan tuk dunia n akhirat...

zmah said...

Perkongsian yang baik.