Saturday, February 12, 2011

KELEBIHAN SURAH AL FATIHAH






1. Surah pembuka atau pendahuluan didalam Al Quran.

2. Menjadi ayat yang dibaca semasa pembukaan sesuatu majlis, dalam ucapan dan doa.

3. Menjadi bacaan wajib dalam solat.

4. Membaca surah Al Fatihah akan memperoleh pahala seperti membaca sepertiga Al Quran.

5. Membacanya sebelum tido, disusuli dengan surah Al Ikhlas,
Al Falaq, dan An Nas akan dijauhkan daripada ganguan syaitan dan jin.

6. Mengamalkan bacaan Al Fatihah sebanyak 41 kali antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh selama 40 hari, Allah meluaskan rezeki dengan izinNya, meningkatkan darjat, anak menjadi soleh, menyembuhkan penyakit, menyelesaikan hutang, dan pelbagai hajat lain.

7. Mengamalkan bacaan 2 kali selepas solat fardhu setiap hari, akan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan, meninggikan darjat dan pangkat, keluarganya dilindungi Allah dan menjadikan akhlak terpuji.

8. Membacanya sebanyak 40 kali selepas solat fardhu maghrib, akan dimakbulkan hajatnya oleh Allah.

9. Mengamalkan bacaan Al Fatihah sebanyak 41 kali, insya-Allah dapat mengubati pelgabai penyakit seperti sakit mata, sakit perut, sakit gigi dan sebagainya.

10. Membacanya sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwuduk dan dihembuskan dalam sebekas air, seterusnya diminum selama 7 hari. Dengan izinNya akan memperoleh ilmu pengetahuan serta dapat mengawal hati dan fikiran daripada perkara yang merosakkan.

11. Kandungan Al Fatihah juga mengandungi doa yang amat besar faedahnya bagi setiap orang islam; antaranya memohon petunjuk ke jalan yang lurus dan diredhai.

6 comments:

faidah misnan said...

like2....
kekadang ari2 bace tp kita tak tahu ape kelebihan ayt tersebut..
thanks about share.=)

Pia said...

puteri..
pastikan kita bc dgn tajwid dan sebutan yg betul noo,sbb kalau salah camana hukum solat kita kn..Alhamdulillah akk masih ada ms seminggu 2 kali pi kelas tajwid.Dan alhamdulillah juga sbb dlm internet ni kita boleh belajar kn...guna kearah yg betul la..kalau salah guna tk guna gak kan..buat tmbah dosa jer..sama2 lah kita belajar k..

cik chopu said...

alhamdulillah. bertambah ilmu :)

Cik Yana said...

Nice sharing :)

Mat Ganu said...

nice to share...tQ put3

::nuRuLaDHar:: said...

nice sharing..tq =)