Saturday, January 29, 2011

KEK COKLAT MOIST



entah napa arinie aku teringin nak makan kek coklat..
huhuhu mungkin dah lama x makan kot..balik johor nanti aku akan pastikan aku akan wat kek coklat kegemaran aku..
korang nak kek coklat meh la datang umah yer..

aku pun nak kongsikan cikit la resepi kek coklat aku nie...x tau la sesap ke x..tapi bagi aku nie la paling sedap yang aku wat..
hehe perasan plak wat kek sedap..konon2nyer aku nie chef la..
ok!!!!! nie la resepinyer..

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji.
Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.

4 comments:

Cikgu Fikri said...

wah..
fiq baru jerk mkn kek coklat td...
sedap!!!!
tp muak lah...
sbb mkn byk sgt.
rasa loya lah plak.. :)

puteri said...

sapa suruh awak mkn byk sangat....lain kali klu mkn 2 ingat2 la pada yang lain..

miss fatihah said...

wah cm best!

puteri said...

klu best cuba la.....kek nie mudah je nak watnyer..