Monday, January 31, 2011

nie kawan kawan aku sewaktu pesembahan lakonan india

nie pulak persembahan lakonan kebudayaan cina

nie la budak kelas aku..lakonan untuk kebudayaan melayu dan arab

jeng jeng jeng!!!!nie la takrir aku..bahasa melayunyer laporan



"Hui! senangnya dalam hati..
takrirku sudah siap..
seperti dunia ini ..
ana yang punya!!!!"
seronok sangat hati aku hari ini coz laporan aku saduah siap!!!!!dan esok bolehlah aku balik negeri kesayaganku..iaini negeri JOHOR!!!
penat lelah aku hari ini berbaloi la.....huhuhu sebulan sudah duduk kat KOLEJ semata mata nak siapkan laporan aku..

ESOK.....aku akan meninggalkan kolej kesayangan aku nie..tinggalah kenangan2 silamku disini..sedihnyer.....

kepada pesyarah2ku..maafkan salah silap azie yer..maklumlah sayakan murid paling nakal sekali kat fakulti FBMK..hehehehe

Dan pada sahabat sepejuanganku semoga perkenalan kita selama ini dijadikan kenangan manis kita bersama..maafkan salah silap aku yer...maklumlah aku nie otak gila2 sikit so mesti banyak terkasar bahasa so sekali lagi aku minta maaf..

Kepada mushrif..ketua jabatan dan dekan maaf tadi meggangu waktu u alls...azie akan ingat penat lelah ustaz bertiga nie untuk buat pengesahan tadi...
Semua ini aku akan jadikan ia satu ingatan yang amat berharga aku....

THANKYOU!!!

SYUKRAN!!!

TERIMA KASIH!!!

Sunday, January 30, 2011

KUIH PENERAM @ NAMA GLAMOUR KUIH TELINGA KELING!!!

Nie pun resepi dari akak aku ANGAH!!!!
Dia memang teror bab memasak nie..dialah banyak ajar aku memasak.
Arinie aku nak berkongsi ngan korang cara wat kuih nie..

Bahan bahannya:
500 gram tepung beras
400 gram gula merah
250 ml air

NIE TEPUNG YANG SELALU ANGAH AKU GUNA


NIE NAMANYA GULA MERAH

Caranya:
1. Masakkan gula merah bersama air hinggan mendidih.
2. Selepas itu masukkan air gula kedalam tepung beras dan uli hingga sebati.
3. Biarkan tepung semalaman untuk mendapatkan adunan yang cantik
4. Cetakkan adunan itu dengan acuan. Gorengkan dengan minyak yang panas.

satu keistimewaan kuih ini ialah.....semut tidak akan dekat dengan kuih ini..sebabnya aku x tau la yang penting aku dah wat kaji selidik..

:::SIAP UNTUK DIHIDANGKAN:::
NYUM!!!NYUM!!!NYUM!!!CEDAPNYER!!!

RESEPI ASLI DARI ANGAH TERSAYANG!!!

hehehe arinie aku nak berkongsi ngan korang cara wat kek pisang yang sedap!!!!!
semalam duk sibuk2 aku ckap ngn angah aku tetiba dia ajar aku cara wat kek pisang...maklumlah belakang umah banyak pisang so kita amek la kesempatan nie mencuba wat kek pisang yer.....

Nielah bahan bahan yang digunakan untuk wat kek pisang...
1 1/2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak
4 biji telur
2 camca kecil potas
10 biji pisang

:::cikit jerkan bahan bahannya..mudah jer nak cari..sekarang pulak cara membuatnyer yer....:::

1. Mula mula tue pastila kita kena lenyekkan pisang.
2. Lepas tue korang pukulkan gula dan telur hinggalah kembang semangkuk.
3. Lepas sudah kembang, masukkanlah potas dan pukul lagi.
4 .Agak sebati masukkanlah tepung gandum, pisang yang dilenyek tadi kacau hingga rata.
5. Jangan lupa masukkan minyak 2, kacau sapai rata.
6. Last sekali masukkan dalam loyang dan bakarlah......





Mudah dan ringkas jer wat kek pisang nie....anak sedara azie pun pandai wat!!!!!
sedap tau!!!!!
::::SELAMAT MENCUBA::::


Saturday, January 29, 2011

PUDING MARBLE YANG MENYELERAKAN




hai kawan kawan!!!!!!
arinie aku nak berkongsi pulak resepi puding marble...
resepi nie di datangkan khas dari akak kesayangan aku..
dialah yang mendatangkan minat aku dalam bidang masakan...
huhuhu terpesong betul minat aku dari bidang pengajian aku...

meh ler kongsi resepi ngn aku...
klu korang ada resepi2 menarik kongsi la yer...

Bahan bahan yang aku gunakan untuk buat puding marble.....
1/2 buku butter
1/2 gelas susu cair
5 biji telur ayam(saiz sederhana saja yer)
4 sd besar tepung kastard
1 1/2 gelas gula pasir
1 paket agar agar
nescafe secukup rasa....

Cara cara membuatnyer...
senang je...meh aku ajar::;:::
1. pukulkan butter dengan telur hingga kembang (ketepikan)
2. Masakkan agar agar kemudian masukkan gula dan susu cair dan biarkan ia mendidih,
3. Setelah itu masukkan tepung kastard,
5. Selepas itu masukkan telur yang telah dipukulkan tadu bersama dengan butter.
6. Masakkan ia hingga agar agar masak dan pekat
7. Kemudian bahagikan kepada 2 bahagian, Satu adunan letakkan nescafe dan adunan kedua
biarkan yang asli punyer yer
8. Buburkan adunan itu kedalam acuan yang kita suka. selang selilah masukkan adunan itu
yer....
9. Akhir sekali sekukkan puding itu....dan last sekali....ngap lah masuk dalam mulut!!!!!!

SEDAPNYER!!!!!!



Hari nie aku nak berkongsi resepi kek kegemaran aku..
nie la resepi yang aku telah belajar dari tok guru aku,
sedap kek nie..
u alls cuba la..cdap tau!!!

BAHAN
1 cwn gula
1 cwn air panas
2 sd besar mentega

CARA:

Masak gula dgn api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas.Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletup- letup. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali... Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

BAHAN:

4 biji telur
1 cwn susu pekat
1 cwn tepung gandum
2 sd kecil soda bikarbonat
1 sd kecil esen vanila

CARA:

1.Pukul telur sehingga betul2 kembang & pekat.
2. Masukkan susu pekat dab kacau sebati.
3. Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
4. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.
5. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
6. Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam didalam kontena bertutup untuk mendapatkan sarang yang cantik.
7. Dibakar selama 60 minit suhu oven 160c api bawah sahaja dan bakar lagi selama 10 minit dgn api atas & bawah.

:::terliuh plak aku bila wat resepi nie..sedapnyer:::

KEK COKLAT MOIST



entah napa arinie aku teringin nak makan kek coklat..
huhuhu mungkin dah lama x makan kot..balik johor nanti aku akan pastikan aku akan wat kek coklat kegemaran aku..
korang nak kek coklat meh la datang umah yer..

aku pun nak kongsikan cikit la resepi kek coklat aku nie...x tau la sesap ke x..tapi bagi aku nie la paling sedap yang aku wat..
hehe perasan plak wat kek sedap..konon2nyer aku nie chef la..
ok!!!!! nie la resepinyer..

Bahan-bahan

1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
(Campurkan semua bahan diatas dan ayak 3 kali)
1 cawan minyak jagung
1 ½ cawan gula halus
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 cawan air panas mendidih

Cara-cara :-
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah.
2. Gaulkan minyak jagung dengan gula sehingga sebati.
3. Masukkan telur dan gaul lagi hingga sebati. Masukkan susu cair dan kacau rata.
4. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan gaul hingga
sebati.
5. Campurkan air panas mendidih dan gaul lagi hingga sebati.
6. Tuang pada tin pembakar yang telah disapu minyak jagung. Bakar sehingga masak. Untuk
pastikan kek masak ialah dengan cara cucukkan lidi penguji.
Bila lidi keluar bersih bermakna
kek dah masak.
7. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat topping.

P/S : Tidak boleh menggunakan mixer. Apabila menggaul hendaklah gaul semua bahan dalam satu putaran sahaja. Kek harus dibakar sebaik sahaja sesudah mencampurkan air panas ke dalam adunan.

Friday, January 28, 2011

NOTA BUAT BLOGGER



assalamualaikum buat semua. ini merupakan entry ketiga saya. sebenarnya saya dah lama buat blog. saya diberi tugasan untuk buat blog oleh lecterur saya. tapi tu masa saya belajar dulu. dan sekarang saya nak bergiat aktif dalam dunia blog. buat anda semua sila beri tunjuk ajar. kalau ada salah dan kurang, tegur tegur la ye. hehe
buat cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong jolokkan,
saya budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan.

Saya suka manambah kawan. saya harap kawan kawan sudi berkawan dengan saya. semoga ukhuwah berpanjangan. bye2

NAK CITA PUN MALAS.....


Pada zaman dulu kala, ada sebuah kampung nie rakyatnyer telampau rajin tiada seorang pun yang malas...jadi pada suatu ari tue rajanya telah mmbuat pengishtiharan untuk mencari rakyatnya yang malas.
Pada waktu pencarian itu, ada seorang lelaki nie datang dengan berkata " hambalah paling malas di negara ini Tuanku.." Raja pun bertanya, " Apa tahap kemalasan tuan hamba?" lalu si lelaki itu pun menjawab, " Kalau patik nak makan pun orang suapkan Tuanku".
Tiba tiba datang seorang lagi rakyatnya dan berkata, "Patik lagi malas dari dia Tuanku" Tuanku pun bertanya pada lelaki itu, "Sampai mana tahap kemalasan kamu?" Maka jawabnya" kalau patik makan pun, sampai ada orang kunyahkan Tuanku.."
Maka Raja pun terdiam seketika, dalam Raja iutu berfikir datanglah seoang budak lelaki sambil berkata, " Patik adalah yang paling termalas tuanku." Raja pun bertanya, " Bagaimana pula tahap kemalasan kamu budak kecil?" budak itu menjawab, "nak cite pun malas." Haha!